~Informasi~

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

~Jejak Pelawat ~

Saturday, January 31, 2009

Adui tingginya

Cepat sikit kami nak guna teropong tu.....

Jalan selagi boleh jalan

Bersama puteri-puteriku

Menara oh menara

Dibelakang cermin menara KL

Suami Razli

Sunday, January 4, 2009

HAPPY BIRTHDAY

Tanggal 4Januari merupakan satu tarikh kewajipan atau kemestian bagiku dan juga puteri-puteriku mengingatinya kerana ia merupakan tarikh kelahiran bagi suamiku dan juga puteri-puteriku....sentiasa mengingatkanku..
Dalam keluarga kami tarikh kelahiran, tarikh ulangtahun perkahwinan adalah satu tarikh yang dah memang terpahat dihati ini.......
SELAMAT HARI LAHIR ABANG SEMOGA SENTIASA DIRAHMATINYA DAN DITAMBAHKAN REZEKI HENDAKNYA....
Walaupun hanya simple saja majlisnya tetapi sudah bermakna buat kami semua yang penting kami amat mensyukuri rahmat yang telah diberikan kepada kami seorang ketua keluarga yang selalu memahami kami sekeluarga . We are love you....
Harapan kami dan doa kami semoga kebahagiaan yang dimiliki ini berkekalan hingga keakhir hayat.....
annie, atul, ira, baba dan nana ....... SAYANG......SAYANG......Abang/Ayah..........
Salah satu resepi kegemaran suamiku mee kari nyonya juadah utama birthdaynya
Juadah yang disediakan untuk family
Keluarga CeriaAnnie
Nak tahu hadiahnya tunggu......
Nampak happy dapat jam baru yeh..yeh..yeh..
Inilah hadiah istimewa untuk suami tersayang

Friday, January 2, 2009

AKTIVITI CUTI SEKOLAH (BHG.2)

Walaupun cuti sekolah telah habis ke penghujungnya kami telah ke Melaka dan mengunjungi Mini Melaka walaupun hanya seketika disana tetapi hati kami semua seronok kerana di Mini Melaka kami dapat melihat dari satu rumah ke satu rumah yang ada di Malaysia... Gambar-gambar yang ditangkap semuanya sempat kami berpossing cuma 2 buah rumah yang tidak sempat kami bergambar iaitu rumah Negeri Sembilan dan rumah Sarawak... Kalau ingin tahu keunikan sesebuah rumah di Malaysia ini pergilah melawat taman mini di Melaka tentu anda semua ingin merasai bagaimana menaiki tangga yang begitu tinggi dirumah panjang di Sabah dengan berlantaikan buluh ia pasti sesuatu yang baru bagi anda semua.... Inilah serba sedikit pemandangan yang dapat dikongsi bersama anda semua di Mini Melaka...
First time kami di Mini Malaysia, Melaka

Bila dok dibeca ni terkenang zaman silam ku dimasa lalu dimana bersama arwah abah yang telah lama meninggalkan ku.... Amin....

Sungguh happy puteriku dok di beca roda tiga

Biasalah kalau berjalan tak sah kalau tak ......

Begitu gembira puteri-puteriku dirumah PERLIS

Berpossing di rumah PULAU PINANG

Bersantai dirumah KEDAH

Walaupun penat kami masih bergambar dirumah PERAK

Kepenatan kami berehat sebentar dirumah SELANGOR

Dirumah MELAKA

Dirumah JOHOR berlatarbelakang hiasan kuda kepang

Ditangga rumah TERENGGANU

Lepak-lepak diberanda rumah KELANTAN

Ditangga rumah SABAH