~Informasi~

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

~Jejak Pelawat ~

Thursday, December 25, 2008

Wednesday, December 24, 2008

Tuesday, December 23, 2008

Family Slide Show

Wednesday, December 17, 2008

DI PAGI RAYA

Begitu sopan santun sekali anak-anakku
dipagi hari raya atul, ira,aziq n baba...
Ibu sayang kamu semua....

HARI RAYA AIDILFITRI


Inilah keluarga Blog Ceria Annie di hari raya pertama di Pt. Raja

Annie and the girls

Malam ulangtahun kelahiranku bersama-sama puteri-puteriku adawiyah, atirah dan adibah
Firstly gambar ini diletak di blog ceria annie.....

Tuesday, December 16, 2008

CORETAN KAKLONG

Nama saya Rabiatul Adawiyah.Umur saya 11 tahun.Saya belajar di Sekolah Gombak Utara.Makanan kegemaran saya ialah nasi lemak,nasi pataya,nasi ayam pedas dan ikan keli.Minuman kegemaran saya ialah milo ais,jus oren dan air soya.Cita-cita saya ialah ustazah,pensyarah dan doktor.Hobi saya ialah membaca buku cerita,tonton tv dan main-main apa-apa......... Oh terlupa pulak nak cakap pasal suka warna apa.Saya suka warna biru.Okelah bye..................

DIARI KAK NGAH

Nama saya Rabiatul atirah . Umur saya 9 tahun. Saya belajar di sekolah gombak utara . Saya suka warna merah . cita-cita saya nak jadi cikgu . Hobi saya ialah main komputer . Saya kakngah anak ani . Saya suka makan spageti minuman kegemaran saya ialah milo ais . Ini sajalah diari saya bye.................. jumpe lagi...............

CORETAN KENANGAN DI BKT

Tanggal 2 Mei 1996 bermulalah karierku sebagai seorang pekerja sektor awam di Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia.
Dan pada ketika itulah bermulalah kehidupanku di ibukota Kuala Lumpur......
Bandarraya yang asing padaku..... Namun jauh disudut hatiku ini merasa gembira sedikit memandangkan tunangku masa ketika itu telah bekerja di Kuala Lumpur. Jadi perasaanku ketika itu tidaklah macam apa... hanya Tuhan saja yang tahu.........
Alhamdulillah sekarang dialah suamiku ......... Kumulakan pekerjaanku di Bahagian Khidmat Teknik. Melapor diri sehinggalah pada tarikh 16 April 2008 aku berada dibahagian lain.......
Hampir 12 tahun lebih aku telah berkhidmat di BKT. Banyak pengalaman pahit manis aku disini....
Sebagai orang yang paling senior di BKT akulah jadi tempat petunjuk mereka yang junior jika ada sesuatu masalah yang berkaitan dengan kerja disitu. Tetapi tidak kurangnya juga yang merasa iri hati ke, aku pun tak tahulah pulak diriku , maybe sebab aku dah lama disitu.. macam-macamlah perangai orang di bkt yang seramai 50 orang......
Ingin ku luahkan perasaan hatiku selama 12 tahun lebih di BKT aku sungguh seronok dengan kerjaku ini walaupun berbagai rintangan yang aku lalui disitu... Bekerja dengan berbagai-bagai tajuk buku bertimbun -timbun buku didepan ku, dibelakangku tapi bukan diatasku.... . Almaklumlah nak jadi cikgu tak kesampaian jadi kerani buku dah cukup BAIKlah....
Di BKT inilah aku dianugerahkan (Anugerah Khidmat Cemerlang)- 2003- hampir 7 tahun lamanya aku di BKT barulah dapat... tak kisahlah kan asal dapat..... . Pada tahun 2007 perasaan ku dah rasa lain benar, gelisah dan macam-macam lagilah.... Hasrat dihati ingin saja aku berubah angin bekerja ditempat baru dengan suasana yang baru..almaklumlah dah 12 tahun disatu tempat.......
Nak tahu rahsianya bagaimana diriku ini boleh bertahan lama disatu-satu tempat adalah..... SABAR.. Lalu kutulis surat pertukaran tanpa desakan dari sesiapa.. Alhamdulillah. syukur berkat kesabaran ku selama 12 tahun lebih akhirnya aku diterima bekerja di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (Latihan).Tempat inilah yang aku idam-idamkan semasa di BKT entah kenapa aku pun tak tahu..tetapi hatiku lebih mengetahuinya....
Oklah sampai disini sahajalah coretan ku di BKT next time akan kuceritakan tempat kerja baruku ini pasti kalian semua ingin mengetahui macammana seronoknya kerja disini...............

Monday, December 15, 2008

Buat anak-anakku semua

Buat anak-anakku semua iaitu kaklong Rabiatul Adawiyah kakngah Rabiatul Atirah Alang- Amir Raziq kakacik- Raz Adibah dan adik bongsu- Raz Adlinah ketahui wahai kamu semua bahwa ayah dan ibu sangat sayang pada kamu semua tidak kiralah dimana kamu berada ingatlah ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu semua dan hanya doa yang mampu ibu panjatkan kepada kamu semua selain kasih sayang juga pelajaran . Jadilah anak yang baik, hormat kepada orang tua dan keluarga kau . Akhir sekali doa ibu jadilah anak yang berguna kepada bangsa negara dan agama kamu. We love you all....

Selamat datang ke Blogceria Annie

Salam sejahtera buat semua family dan kawan-kawan sekalian dimalam yang sejuk dan dingin ini ingin ku ucapkan rasa gembira dihati ini akhirnya aku berjaya juga membuat blog yang ku impikan selama ini . Bersama-sama suami, puteri-puteriku yang 4 orang akhirnya blogceria annie terhasil tepat jam 10.45 malam ini. Alhamdulillah....... terima kasih buat familyku sayang...