Sudah lama ku tak mencoret diblog ku almaklumlah sejak dinaikan pangkat aku telah berpindah kerja dari Perpustakaan Negara ke Lancang, Pahang. Sibuklah sikit... Syukur kepada Allah Taala kerana memberi ku rezeki dinaikan pangkat.... tetapi dugaan yang mesti ku hadapi ialah berjauhan dengan anak-anak dan juga suami tercinta....... itulah dugaan yang amat berat kurasakan tetapi syukurlah aku duk di Gombak jadi setiap minggu suamiku akan berulang alik mengambil ku dan anak-anakku yang kecil yang belum bersekolah kubawa sama ke lancang terubat juga rasa boringku n sunyikun disini....., terimakasih kepada suamiku kerna sudi memahami ku..
Pengalaman ku disini memang tak terfikir dan terlantas difikiranku yang aku akan bekerja disini disini tempat yang jauh dari pekan dikelilingi hutan yang hijau....memang tak disangka....tapi aku mesti tabah menghadapi segala dugaan ini insyallah pasti ada sinar dihadapanku menunggu..hanya semangat yang kuat yang ada padaku ini sajalah yang membolehkan aku terus bekerja disini...
Menara yang tersergam indah pada ketinggian 421 meter ini berperanan sebagai mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur . Menara Kuala Lumpur berdiri megah di puncak Bukit Nenas merupakan menara telekomunasi ke empat tertinggi di dunia....
Menara Kuala Lumpur dibina dengan tujuan meningkatkan mutu telekomunikasi dan penyiaran negara juga berdiri megah sebagai simbol pembangunan Kuala Lumpur. Bandarraya Taman Bercahaya....
Menara Kuala Lumpur menawarkan pelbagai keistimewaan kepada para pengunjung daripada pemandangan yang mempesonakan sehingglah kemudahan serta acara bertaraf dunia. Ia memiliki ciri-ciri istimewa yang mampu memikat hati para penghunjung....
Mai gambar jangan tak gambar
Bersama diba duk sebentar
Cepat sikit kami nak guna teropong tu.....
Bersama puteri-puteriku
Dibelakang cermin menara KL

Suami Razli
Tanggal 4Januari merupakan satu tarikh kewajipan atau kemestian bagiku dan juga puteri-puteriku mengingatinya kerana ia merupakan tarikh kelahiran bagi suamiku dan juga puteri-puteriku....sentiasa mengingatkanku..Dalam keluarga kami tarikh kelahiran, tarikh ulangtahun perkahwinan adalah satu tarikh yang dah memang terpahat dihati ini.......SELAMAT HARI LAHIR ABANG SEMOGA SENTIASA DIRAHMATINYA DAN DITAMBAHKAN REZEKI HENDAKNYA....Walaupun hanya simple saja majlisnya tetapi sudah bermakna buat kami semua yang penting kami amat mensyukuri rahmat yang telah diberikan kepada kami seorang ketua keluarga yang selalu memahami kami sekeluarga . We are love you.... Harapan kami dan doa kami semoga kebahagiaan yang dimiliki ini berkekalan hingga keakhir hayat.....annie, atul, ira, baba dan nana ....... SAYANG......SAYANG......Abang/Ayah..........