~Informasi~

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

~Jejak Pelawat ~

Tuesday, December 16, 2008

CORETAN KENANGAN DI BKT

Tanggal 2 Mei 1996 bermulalah karierku sebagai seorang pekerja sektor awam di Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia.
Dan pada ketika itulah bermulalah kehidupanku di ibukota Kuala Lumpur......
Bandarraya yang asing padaku..... Namun jauh disudut hatiku ini merasa gembira sedikit memandangkan tunangku masa ketika itu telah bekerja di Kuala Lumpur. Jadi perasaanku ketika itu tidaklah macam apa... hanya Tuhan saja yang tahu.........
Alhamdulillah sekarang dialah suamiku ......... Kumulakan pekerjaanku di Bahagian Khidmat Teknik. Melapor diri sehinggalah pada tarikh 16 April 2008 aku berada dibahagian lain.......
Hampir 12 tahun lebih aku telah berkhidmat di BKT. Banyak pengalaman pahit manis aku disini....
Sebagai orang yang paling senior di BKT akulah jadi tempat petunjuk mereka yang junior jika ada sesuatu masalah yang berkaitan dengan kerja disitu. Tetapi tidak kurangnya juga yang merasa iri hati ke, aku pun tak tahulah pulak diriku , maybe sebab aku dah lama disitu.. macam-macamlah perangai orang di bkt yang seramai 50 orang......
Ingin ku luahkan perasaan hatiku selama 12 tahun lebih di BKT aku sungguh seronok dengan kerjaku ini walaupun berbagai rintangan yang aku lalui disitu... Bekerja dengan berbagai-bagai tajuk buku bertimbun -timbun buku didepan ku, dibelakangku tapi bukan diatasku.... . Almaklumlah nak jadi cikgu tak kesampaian jadi kerani buku dah cukup BAIKlah....
Di BKT inilah aku dianugerahkan (Anugerah Khidmat Cemerlang)- 2003- hampir 7 tahun lamanya aku di BKT barulah dapat... tak kisahlah kan asal dapat..... . Pada tahun 2007 perasaan ku dah rasa lain benar, gelisah dan macam-macam lagilah.... Hasrat dihati ingin saja aku berubah angin bekerja ditempat baru dengan suasana yang baru..almaklumlah dah 12 tahun disatu tempat.......
Nak tahu rahsianya bagaimana diriku ini boleh bertahan lama disatu-satu tempat adalah..... SABAR.. Lalu kutulis surat pertukaran tanpa desakan dari sesiapa.. Alhamdulillah. syukur berkat kesabaran ku selama 12 tahun lebih akhirnya aku diterima bekerja di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (Latihan).Tempat inilah yang aku idam-idamkan semasa di BKT entah kenapa aku pun tak tahu..tetapi hatiku lebih mengetahuinya....
Oklah sampai disini sahajalah coretan ku di BKT next time akan kuceritakan tempat kerja baruku ini pasti kalian semua ingin mengetahui macammana seronoknya kerja disini...............

1 comment:

  1. wow....lengkap diari .....hiks...hiks...teruskan usaha anda menceriakan blog ini

    ReplyDelete